Saturday, October 26, 2019

Minggu ketujuh HMT211

Pada minggu ketujuh, tutorial Hmt 211 masih berjalan seperti biasa. Kelas masih diajar oleh Dr Tajul. Seperti biasa, Dr Tajul telah mengadakan kuiz tetapi tetap membolehkan kami untuk merujuk nota. Kami diminta untuk memberikan maksud, ciri-ciri dan contoh tentang fitur kelas utama iaitu tentang silabik, sonoran, konsonantal dan kontinuen. Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan kuiz dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kuliah pada minggu ini juga dijalankan secara dua jam berturut-turut. Dr Tajul telah menerangkan tentang Sistem Huruf Bahasa Melayu. Dalam penerangan ini, saya didedahkan dengan abjad atau huruf. Sesungguhnya setiap bahasa di dunia mempunyai abjad atau lambang atau karakter bahasanya tersendiri. Sebagai contoh, abjad Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris ialah abjad Rumi manakal abjad Jawi adalah bentuk atau tulisan yang digunakan oleh orang Melayu di nusantara.
 Abjad Cyril pula merupakan bentuk huruf yang digunakan oleh Bahasa Rusia, Serbia dan Methodius pada abad ke-19. Selain itu, terdapat juga abjad Armenia, abjad Yunani, abjad Han dan lain-lain lagi. Melalui kuliah ini, saya dapat menambah pengetahuan saya tentang abjad-abjad lain yang wujud di dunia.

Selain itu, Dr Tajul juga turut menerangkan tentang perbezaan antara huruf dan fonem.Setiapa abjad itu mempunyai nama dalam sistem tulisan. Contohnya, huruf a,b,c,d,e,f,...z. Nama-nama huruf ini tidak ada kaitan dengan bunyi-bunyi fonetik dan ia bukanlah bunyi fonem. Melalui kuliah ini juga, saya dapat mengetahui bahawa terdapat dua jenis nama abjad atau huruf iaitu, pertama huruf vokal dan nama-nama huruf vokal itu ialah a,e,i,o,u. Nama-nama huruf vokal juga dikenali sebagai huruf saksi. Kedua ialah huruf konsonan dan nama-nama huruf konsonan ialah b,c,d,f,g,h,k,...

Di samping itu, saya turut didedahkan tentang abjad fonetik. Abjadfonetik merupakan abjad yang digunakan dalam tulisan transkripsi fonetik yang dikenali sebagai abjad fonetik antarabangsa. Abjad fonetik ini dihasilkan oleh Persatuan Foneti Antarabangsa pada tahun 1889 yang bertujuan untuk mentranskripsi bunyi-bunyi bahasa supaya selaras bagi seluruh bahasa di dunia.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai pengetahuan da ilmu baru dapat saya peroleh sepanjang tujuh minggu menghadiri kuliah HMT211. Terkadang, saya sering berfikir, sekiranya saya tidak mengambil subjek ini, adakah saya akan mengetahui tentang apa itu fonetik Bahasa Melayu. Oleh itu, saya bersyukur kerana dapat mengikuti setiap kuliah yang dijalankan dan akan menggunakan ilmu yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Minggu keenam HMT211

Pada minggu ini, kelas tutorial dijalankan seperti biasa. Kelas tutorial pada minggu ini adalah bersama Dr Tajul. Saya dan rakan-rakan  telah dikejutkan  dengan kuiz tentang  alofon dan pasangan minimal. Namun begitu, kami dibenarkan untuk merujuk nota  dari pelbagai sumber. Hal ini memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan.  Menurut saya, Dr Tajul amat baik kerana beliau selalu memudahkan kerja kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh beliau.

Kuliah pada minggu keenam ini masih diteruskan lagi oleh Dr. Tajul. Pada minggu ini beliau telah membuat kuliah selama dua jam berturut-turut bermula dari jam satu hingga tiga petang. Pada kuliah ini beliau telah mendedahkan kami dengan pelbagai perkara dan topik. Pertama, beliau telah memberikan definisi pembibiran yang betul serta beberapa contoh yang berkaitan. Setelah itu beliau menerangkan lagi definisi Alofon beserta contoh-contohnya. Beliau juga menerangkan tentang definisi kesamaan fonetis.

Setelah itu, saya dan rakan-rakan didedahkan pula dengan Fitur Distingtif. Fitur Distingtif merupakan ilmu baru yang saya peroleh. Hal ini kerana saya tidak pernah mendengar langsung tentang fitur distingtif sebelum ini. Menurut saya, fitur distingtif merupakan topik yang mudah dipelajari sekiranya kita memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa kuliah sedang berlangsung. Saya juga telah merakam suara Dr Tajul agar saya dapat mengulang kaji semula apa yang diajarkan di dalam kelas sekiranya saya ada terlepas pandang tentang ilmu yang diberikan sepanjang kuliah sedang berlangsung.

Sesungguhnya, saya berasa amat gembira dapat menyertai kuliah Dr Tajul kerana beliau telah memberikan saya pelbagai ilmu yang baru berkaitan fonetik bahasa Melayu. Melalui kuliah-kuliah yang dijalankan,saya sedar bahawa asih banyak ilmu tentang fonetik yang saya tidak ketahui dan saya perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya tentang fonetik bahasa Melayu.

Minggu Kelima HMT211


Pada minggu ini, semua pelajar HMT 211 diminta untuk menghadiri Program Fotografi  iaitu Bicara Buku “Saying It From The Heart”USMStyle” yang diadakan di Perpustakaan Hamzah Sendut. Pameran ini diadakan sempena kejayaan Stefano Romano dalam pembuatan bukunya. Stefano bukanlah seorang warga Malaysia, namun begitu saya amat berbangga dengan keupayaan dan kebolehan beliau yang mampu dan fasih dalam berbahasa Indonesia dan Melayu. Pada mula program ini, saya tertanya-tanya apa faedah yang dapat diperoleh daripada program ini berbanding memasuki kelas tutorial. Namun begitu, setelah mendengar penjelasan daripada Tuan Stefano dan beberapa soalan yang ditanya oleh Dr haniza melalui telegram semasa program dijalankan, saya faham bahawa ilmu tentang fonetik ada di mana-mana sahaja.  Antara soalan yang ditanyakan semasa program tersebut dijalankan ialah mnengenal pasti kelainan dalam bunyi pertuturan  Bahasa Melayu Tuan Stefano.




Memasuki minggu kelima, kuliah HMT 211 telah diambil alih oleh Dr Tajul Aripin Kassin. Beliau merupakan seorang Dr yang sangat berpengalaman dan mempunyai suara yang merdu. Pada kuliah pertama bersama  Dr Tajul, saya didedahkan dengan  Fonem dan Alofon. Saya amat bersemangat dalam menghadiri kuliah ini. Hal ini kerana Dr Tajul telah menyediakan  nota tentang fonem dan alofon. Keadaan ini memudahkan saya untuk merujuk semula nota sekiranya saya tidak sempat menyalinnya semasa kuliah. Tambahan pula,  contoh-contoh yang diberikan oleh  Dr Tajul amat banyak dan menarik. Dengan adanya contoh-contoh ini,  saya dapat meningkatkan lagi kefahaman saya tentang fonem dan alofon.

Wednesday, October 9, 2019

Minggu Keempat HMT211

Pada minggu keempat pula, aktiviti yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti rongga-rongga dalam mulut yang digunakan apabila kita mengeluarkan bunyi huruf konsonan.  Saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk menutup mata dengan menggunakan sehelai kain, dan memakai sarung tangan getah. Sambil menutup mata, saya diminta untuk memgang bahagian muka rakan saya, bagi memastikan pergerakan rongga-rongga yang bergerak semasa rakan saya bertutur. Aktiviti ini amat bermanfaat kerana kita dapat merasai bagaimana keadaan seseorang yang mempunyai kecacatan penglihatan. 

Keesokan harinya , saya dan rakan-rakan diuji dengan menggunakan video bahasa asing, dimana kami harus mendengar dengan teliti untuk memastikan perkataan-perkataan yang dikeluarkan adalah betul. Tugasan ini agak sukar kerana kami tidak memahami apa yang diucapkan olehnya. Tambahan pula, kami tidak dibenarkan untuk menggunakan sari kata. Namun begitu, saya berasa gembira kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Sememangnya setiap tugasan yang diberikan mendatangkan faedah dan kebaikan. Selain itu, kami juga diajarkan cara untuk menulis transkripsi dengan betul. Berikut merupakan contoh transkripsi yang berjaya ditulis oleh saya.



Selain itu, kami juga diberi tugasan untuk menghasilkan video lagu Do Re Mi. Melalui penghasilan video ini, saya dan rakan-rakan sekumpulan dapat menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing bagi menghasilkan sebuah video yang menarik. Berikut merupakan link youtube bagi video lagu Do Re Mi kumpulan kami, https://www.youtube.com/watch?v=KvYqhPATq2M&feature=share

Minggu Ketiga HMT211


Pada minggu ketiga pula, pelajar HMT211 dikehendaki untuk mencari maklumat berkenaan lima penyakit atau masalah yang menyebabkan berlakunya gangguan kepada pertuturan manusia. Kami diminta untuk menghasilkan lima infografik berkaitan penyakit-penyakit tersebut. Melalui kuliah dan tugasan ini, saya dapat mengenal pasti pelbagai jenis penyakit dan masalah yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah pertuturan. Saya juga dapat mengenal pasti ciri-ciri penyakit dan cara atau rawatan intervensi bagi penyakit-penyakit tersebut. Berikut merupakan infografik yang telah berjaya saya siapkan.



    



 Kuliah seterusnya pula dijalankan di Tapak Convex. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk mengenal pasti bunyi-bunyi konsonan yang digunakan oleh masyarakat sekitar kami yang berada di Tapak Convex tersebut. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengumpulkan pelbagai jenis bunyi konsonan yang digunakan oleh orang ramai. Setelah itu, kami dikehendaki menghasilkan lagu berdasarkan bunyi-bunyi konsonan tersebut. Saya bersyukur kerana ahli kumpulan saya sangat memberikan komitmen yang baik sehingga kami dapat menghasilkan video dengan cepat.





Minggu Kedua HMT211


Pada minggu kedua pula, kami dikehendaki untuk mencari, membaca serta mengenal pasti anatomi dan fisiologi pertuturan manusia.Tugasan ini juga dilakukan secara berkumpulan. Kami dikehendaki untuk melukis alat-alat pertuturan manusia pada kertas-kertas yang disediakan. Aktiviti ini dapat membantu saya untuk lebih mengenal anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Berikut merupakan gambar anatomi pertuturan manusia yang telah berjaya dilukis oleh saya.




Aktiviti seterusnya pula, saya dan ahli kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu Sesungguhnya dalam versi bahasa Iban. Saya amat bersyukur kerana ahli kumpulan saya dapat memberikan komitmen yang baik dan kami berjaya menghasilkan sebuah video hanya dalam masa yang singkat.  Berikut merupakan lirik lagu yang ditulis oleh rakan sekumpulan saya. 





Keesokkan harinya pula, walaupun keadaan cuaca yang sedang berjerebu, pelajar-pelajar dan pensyarah HMT211 tetap bersemangat menghadiri kuliah pada hari tersebut. Kami didedahkan dengan bentuk-bentuk pita suara. Melalui pendedahan ini, saya dapat melukis bentuk-bentuk pita suara dengan betul. Dalam kuliah ini juga, Dr telah menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang berjaya melukis anatomi dan fisiologi manusia dengan baik. Kumpulan saya telah berjaya mendapatkan hadiah bagi nyanyian lagu Sesungguhnya dalam versi bahasa Iban.

Minggu Pertama HMT211


Pada minggu pertama kuliah HMT211, saya dan rakan-rakan yang lain didedahkan mengenai fonetik. Dalam kuliah tersebut, dr telah mengarahkan kami untuk membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang dan hendaklah berbeza jantina dan kos. Setelah itu kami diberi beberapa tugasan yang perlu disiapkan bersama ahli kumpulan masing-masing. Tugasan pertama yang diberikan ialah menyediakan kertas konsep anatomi dan fisiologi manusia. Selain itu, setiap kumpulan juga diminta untuk merakam video nyanyian lagu Sesungguhnya dalam tiga versi. Saya dan ahli kumpulan berjaya menyiapkan rakaman video tersebut hanya dalam masa sepuluh minit. Saya bersyukur dan berasa gembira kerana ahli kumpulan saya dapat memberikan komitmen yang baik sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Berikut merupakan gambar dan video ahli kumpulan saya sewaktu menyanyikan lagu Sesungguhnya.









Pada kuliah berikutnya, kami diminta untuk mengenal pasti bunyi-bunyi konsonan, vokal dan diftong yang telah digunakan oleh ahli kumpulan lain semasa mereka menyanyikan lagu Sesungguhnya. Berikut merupakan contoh  bunyi dialek Kelantan yang digunakan oleh ahli kumpulan lain semasa mereka menyanyikan lagu Sesungguhnya.