Wednesday, October 9, 2019

Minggu Kedua HMT211


Pada minggu kedua pula, kami dikehendaki untuk mencari, membaca serta mengenal pasti anatomi dan fisiologi pertuturan manusia.Tugasan ini juga dilakukan secara berkumpulan. Kami dikehendaki untuk melukis alat-alat pertuturan manusia pada kertas-kertas yang disediakan. Aktiviti ini dapat membantu saya untuk lebih mengenal anatomi dan fisiologi pertuturan manusia. Berikut merupakan gambar anatomi pertuturan manusia yang telah berjaya dilukis oleh saya.




Aktiviti seterusnya pula, saya dan ahli kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu Sesungguhnya dalam versi bahasa Iban. Saya amat bersyukur kerana ahli kumpulan saya dapat memberikan komitmen yang baik dan kami berjaya menghasilkan sebuah video hanya dalam masa yang singkat.  Berikut merupakan lirik lagu yang ditulis oleh rakan sekumpulan saya. 





Keesokkan harinya pula, walaupun keadaan cuaca yang sedang berjerebu, pelajar-pelajar dan pensyarah HMT211 tetap bersemangat menghadiri kuliah pada hari tersebut. Kami didedahkan dengan bentuk-bentuk pita suara. Melalui pendedahan ini, saya dapat melukis bentuk-bentuk pita suara dengan betul. Dalam kuliah ini juga, Dr telah menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang berjaya melukis anatomi dan fisiologi manusia dengan baik. Kumpulan saya telah berjaya mendapatkan hadiah bagi nyanyian lagu Sesungguhnya dalam versi bahasa Iban.

No comments:

Post a Comment