Saturday, October 26, 2019

Minggu Kelima HMT211


Pada minggu ini, semua pelajar HMT 211 diminta untuk menghadiri Program Fotografi  iaitu Bicara Buku “Saying It From The Heart”USMStyle” yang diadakan di Perpustakaan Hamzah Sendut. Pameran ini diadakan sempena kejayaan Stefano Romano dalam pembuatan bukunya. Stefano bukanlah seorang warga Malaysia, namun begitu saya amat berbangga dengan keupayaan dan kebolehan beliau yang mampu dan fasih dalam berbahasa Indonesia dan Melayu. Pada mula program ini, saya tertanya-tanya apa faedah yang dapat diperoleh daripada program ini berbanding memasuki kelas tutorial. Namun begitu, setelah mendengar penjelasan daripada Tuan Stefano dan beberapa soalan yang ditanya oleh Dr haniza melalui telegram semasa program dijalankan, saya faham bahawa ilmu tentang fonetik ada di mana-mana sahaja.  Antara soalan yang ditanyakan semasa program tersebut dijalankan ialah mnengenal pasti kelainan dalam bunyi pertuturan  Bahasa Melayu Tuan Stefano.




Memasuki minggu kelima, kuliah HMT 211 telah diambil alih oleh Dr Tajul Aripin Kassin. Beliau merupakan seorang Dr yang sangat berpengalaman dan mempunyai suara yang merdu. Pada kuliah pertama bersama  Dr Tajul, saya didedahkan dengan  Fonem dan Alofon. Saya amat bersemangat dalam menghadiri kuliah ini. Hal ini kerana Dr Tajul telah menyediakan  nota tentang fonem dan alofon. Keadaan ini memudahkan saya untuk merujuk semula nota sekiranya saya tidak sempat menyalinnya semasa kuliah. Tambahan pula,  contoh-contoh yang diberikan oleh  Dr Tajul amat banyak dan menarik. Dengan adanya contoh-contoh ini,  saya dapat meningkatkan lagi kefahaman saya tentang fonem dan alofon.

No comments:

Post a Comment