Pada minggu ini, kelas tutorial dijalankan seperti biasa. Kelas tutorial pada minggu ini adalah bersama Dr Tajul. Saya dan rakan-rakan telah dikejutkan dengan kuiz tentang alofon dan pasangan minimal. Namun begitu, kami dibenarkan untuk merujuk nota dari pelbagai sumber. Hal ini memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan. Menurut saya, Dr Tajul amat baik kerana beliau selalu memudahkan kerja kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh beliau.
Kuliah pada minggu keenam ini masih diteruskan lagi oleh Dr. Tajul. Pada minggu ini beliau telah membuat kuliah selama dua jam berturut-turut bermula dari jam satu hingga tiga petang. Pada kuliah ini beliau telah mendedahkan kami dengan pelbagai perkara dan topik. Pertama, beliau telah memberikan definisi pembibiran yang betul serta beberapa contoh yang berkaitan. Setelah itu beliau menerangkan lagi definisi Alofon beserta contoh-contohnya. Beliau juga menerangkan tentang definisi kesamaan fonetis.
Setelah itu, saya dan rakan-rakan didedahkan pula dengan Fitur Distingtif. Fitur Distingtif merupakan ilmu baru yang saya peroleh. Hal ini kerana saya tidak pernah mendengar langsung tentang fitur distingtif sebelum ini. Menurut saya, fitur distingtif merupakan topik yang mudah dipelajari sekiranya kita memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa kuliah sedang berlangsung. Saya juga telah merakam suara Dr Tajul agar saya dapat mengulang kaji semula apa yang diajarkan di dalam kelas sekiranya saya ada terlepas pandang tentang ilmu yang diberikan sepanjang kuliah sedang berlangsung.
No comments:
Post a Comment