Wednesday, October 9, 2019

Menjadi pelajar HMT 211

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Ain Nur Aliaa Nadira Bt Rozelim, merupakan pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Saya merupakan seorang pelajar bermajor Bahasa Melayu. Saya telah mengambil subjek Hmt211 pada semester ini. Saya diajar oleh dua orang pensyarah yang hebat dan berpengalaman, iaitu Pn Norhaniza dan Dr. Radiah Yusoff. Aktiviti yang dijalankan sepanjang kuliah amat menyeronokkan. 


Saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat menjalankan kuliah dengan baik serta dapat menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan dalam masa yang ditetapkan. Keadaan ini mengajar saya menjadi seorang yang sentiasa menepati masa dan melakukan tugas dengan cekap agar dapat menyelesaikannya dalam tempuh masa yang ditetapkan.Melalui kursus ini juga , saya dapat belajar pelbagai perkara dan pengalaman bersama rakan-rakan saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar yang sudah mengajar kami sepanjang kursus HMT211.

No comments:

Post a Comment