Pada minggu pertama kuliah HMT211, saya dan rakan-rakan yang lain didedahkan mengenai fonetik. Dalam kuliah tersebut, dr telah mengarahkan kami untuk membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang dan hendaklah berbeza jantina dan kos. Setelah itu kami diberi beberapa tugasan yang perlu disiapkan bersama ahli kumpulan masing-masing. Tugasan pertama yang diberikan ialah menyediakan kertas konsep anatomi dan fisiologi manusia. Selain itu, setiap kumpulan juga diminta untuk merakam video nyanyian lagu Sesungguhnya dalam tiga versi. Saya dan ahli kumpulan berjaya menyiapkan rakaman video tersebut hanya dalam masa sepuluh minit. Saya bersyukur dan berasa gembira kerana ahli kumpulan saya dapat memberikan komitmen yang baik sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan. Berikut merupakan gambar dan video ahli kumpulan saya sewaktu menyanyikan lagu Sesungguhnya.
Pada kuliah berikutnya, kami diminta untuk mengenal pasti bunyi-bunyi konsonan, vokal dan diftong yang telah digunakan oleh ahli kumpulan lain semasa mereka menyanyikan lagu Sesungguhnya. Berikut merupakan contoh bunyi dialek Kelantan yang digunakan oleh ahli kumpulan lain semasa mereka menyanyikan lagu Sesungguhnya.
No comments:
Post a Comment